Student idol
IDOLA PELAJAR TERDIRI DARI BEKAS-BEKAS PELAJAR Program STUDENT IDOL ini adalah satu program yang di reka khas yang di beri nama Program Pelajar Contoh, “ IDOLA ”. Program ini mempunyai matlamatnya tersendiri untuk kebaikan generasi-generasi pelajar masa kini dari peringkat sekolah rendah, menengah ataupun peringkat tinggi samada Kolej ataupun Universiti. Satu program yang membawa bekas-bekas pelajar yang berjaya dan mempunyai kerjaya yang gemilang sebagai idola ataupun menjadi contoh kepada sekolah, kolej ataupun Universiti Dimana pelajar tersebut juga menuntut ilmu asalnya dari tempat-tempat tersebut.
IDOLA PELAJAR TERDIRI DARI PARA PELAJAR SENDIRI Malaysia, adalah sebuah negara yang semakin berkembang maju selaras dengan Wawasan 2020 yang dijanakan melalui Konsep 1 Malaysia. Sejajar dengan perkembangan serta kemajuan tersebut, permintaan terhadap tenaga kerja yang berkelayakan dan memiliki kelulusan serta pengalaman semakin meningkat. Selaras dengan permintaan tersebut, pelajar haruslah memiliki taraf pendidikan seiring dengan permintaan. Dimana kelayakan minima yang diperlukan pada masa kini adalah sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan Diploma seiring bagi mendapatkan sesuatu pekerjaan. Oleh yang demikian, melalui Program Idola Pelajar yang direka seiring dengan permintaan-permintaan serta keperluan melebihi kepentingan untuk melihat lebih ramai pelajar-pelajar yang ketinggalan masa kini mencapai harapan ibubapa demi masa depan pelajar itu sendiri serta keluarga. Disamping itu, ianya juga dapat memberi pulangan terbaik sekolah dari segi penghasilan pelajar yang memiliki taraf akademik yang tinggi di sekolah sehinggalah memiliki jawatan-jawatan tertinggi diluar. |